Setelah keliru dengan kedatangan dua buah cinta yang tidak diduganya, dia telah membuat keputusan walaupun hatinya merasa berat sekali dan serba salah.
'Apa salahnya ku balas cinta si Helmi? Dia telah bersusah payah menyatakan cintanya walaupun dia sekarang sedang parah menderita leukemia. Umar mungkin boleh menanti ku. Helmi pula? Kehidupannya tidak terjamin. Dengan keadaan yang parah, dia tidak mempunyai waktu yang lama lagi. Di banding dengan Umar, dia sihat sahaja. Tidak perlu ku khuatirkan. Kalau Tuhan mahu kami bersatu, maka akan bersatulah kami dikemudian hari nanti'.
Ina memutuskan untuk berjumpa Helmi...
Dan di sini mulalah hubungan percintaan mereka..
'Aku menerima cintamu, bukan kerana ku simpati. Tapi aku menghargai ketulusan mu dan kau berani menyatakan cintamu kepadaku..'
Helmi beramat bersyukur sehingga dia ingin memeluk Ina namun dia masih ingat akan had-had dalam agama Islam dalam percintaan. Dia bersyukur dan meyakinkan Ina bahawa dia akan mencintainya seumur hidupnya. Dan sememangnya untuk seumur hidupnya yang singkat itu.
Ina sedikit terharu namun disebalik wajahnya itu juga terselit duka. Dia mengorbankan cintanya sendiri. Tuhan saja yang tahu perasaannya. Tapi mungkin itulah yang terbaik yang mampu dilakukannya.
Hubungan Ina dengan Helmi semakin rapat. Perasaanya juga sudah mulai dapat menerima Helmi. Tetapi tidak disangka pula, Helmi ingin menjadikannya pasangan hidup. Ina bertambah keliru. Begitu cepat Helmi berkeputusan sedemikian.
'Umar..andai inilah jalan takdir ku, kau terimalah dengan redha..Ku berharap kau akan menemui cinta mu yang mungkin lebih baik dari diriku ini..' bisik hatinya..
Hari demi hari yang dilalui, ada perbezaan pada raut wajah Helmi. Hari demi hari, mukanya semakin pucat. Ina risau akan keadaan Helmi namun Helmi cuba menyembunyikannya.
Persiapan perkahwinan telah siap dilakukan..hanya tinggal beberapa hari saja lagi akan tiba hari perkahwinan mereka. Ina telah menjemput Umar. Ina sempat berfikiran, mana mungkin Umar akan menghadirkan dirinya ke majlisnya itu..Masakan Umar mau hatinya terluka menyaksikan perkahwinan wanita yang dicintainya.
Tinggal genap empat hari saja lagi perkahwinan tersebut.
Dan pada hari itu jugalah, keadaan Helmi semakin merosot. Semasa sibuk membuat persiapan, Ina mendapat sebuah panggilan yang menyatakan Helmi telah masuk rumah sakit dan ditahan. Helmi pengsan!! Dan saat inilah doktor menyatakan Helmi mungkin tidak dapat bertahan lagi.
Betapa pedi hati Ina mendengarkannya. Setelah semua yang dilakukannya. Bukan kan mengungkit tapi jelas dirasakannya hatinya sudah tercuri oleh Helmi. Seperti tidak sanggup dia menerima hakikat itu.
Pada saat-saat terakhir Helmi, Ina telah dihantui dengan soalan-soalan yang tidak diduganya..
"Masih kah Ina menyintai Umar? Andaikan Ina masih menyintainya, balaslah cintanya.."
Betapa terkilannya Ina mendengar kata-kata Helmi..
'Kenapa Helmi mengatakan perkataan balas? Apa dia tau Umar juga menyintaiku?'
Helmi tersenyum melihat reaksi Ina. Memang dia sudah tau akan perasaan sebenar Umar kerana Umar telah jujur kepadanya sebelum ini. Helmi sempat menemui Umar dan menyatakan tentang keadaannya yang sebenar. Dari satu, Helmi merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan Ina tapi dari satu sisi, Helmi juga senang kerana selepas pemergianya nanti, akan ada orang yang akan menyintai Ina dan dia tahu siapa gerangan jejaka itu.
Ina menangis teresak-esak mendengarkan penjelasan Helmi. Lelaki yang memahami.
'Helmi, tau kah kau sebenarnya aku lebih menyintaimu?' bisik hati Ina..
Tidak berani pula dia berbalas kata dengan Helmi yang sedang parah kini.
Ina hanya mengiyakan saja pertanyaan Helmi.
Helmi senang.
"Persiapan perkahwinan kita janganlah dibatalkan..Teruskan saja. Janganlah diganti apa-apa. idak akan ada perubahan. Hanya pengantin lelaki sahaja yang akan berubah. Ku berharap kau akan menerimanya seperti aku menerimanya untuk menjadi pengganti diriku.
Ku ingin menyaksikan perkahwinan kamu berdua sebelum ku pergi meninggalkan dunia ini....."
Ina hanya mampu berdiam diri. Apa lagi yang hendak dibangkangnya? Semuanya sudah jelas diatur oleh Helmi. Masakan dia menolak permintaan terakhir lelaki yang dicintainya. Sememangnya hanya itulah yang mampu Ina lakukan......
TAMAT




0 COMMENTS di sini:
Post a Comment