Sambungan kisah yang lepas..
Umar membuat keputusan..
"aku harus menyatakan perasaan ku yang sebenarnya sebelum aku menyesal!"
Lalu dia pun menghubungi Ina. Harinya sudah ditetap. Tinggal seminggu saja lagi untuk Umar menyusun kata-kata yang sesuai.
Ina yang menanti harinya turut berasa resah dan tertanya-tanya hal apakah yang begitu penting sehingga tarikhnya harus ditetapkan.
Sedang asyik bertanda tanya, nama Helmi tertera di skrin telepfonnya. Panggilan yang tidak diduga. Helmi mengajaknya makan malam pada esok hari. Ina setuju.
Makan malam Ina dan Helmi berjalan dengan lancar. Sampai detik Helmi mula menjadi 'serious', Ina mula merasa sesuatu yang aneh pada diri Helmi. Helmi mula mengatur kata.
Menyatakan cinta.
Ina tidak menyangka Helmi mempunyai perasaan sedemikian terhadapnya.
Lebih mengajutkan lagi, Helmi memberitahu sesuatu yang amat mengejutkan Ina.
Helmi pada saat ini sebenarnya menderita leukemia tahap yang amat parah!!
Ina teramat terkejut. Simpati mula menghantui dirinya.
'Apa aku patut menerima cintanya?' hatinya berbisik.
Helmi yang diam mula mengangkat kepala dan mengharap Ina akan menerima cintanya tetapi bukan kerana simpati! Ketulusan Ina untuk menyintainya.
Ina tidak dapat memberi kata putus.
Helmi memberinya waktu.
Dan sempat membuat permintaan..
[jangan pula Ina mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan kerana Helmi takut dia tidak mempunyai masa yang lama lagi untuk menikmati detik cintanya diterima]
Hari seterusnya selepas makan malam bersama Helmi dijalani seperti biasa tetapi dengan fikiran yang melayang. Helmilah yang sering muncul difikirannya.
Sampai saat makan malamnya dengan Umar tiba...
'Kenapa cinta datang tanpa ku duga?' Bisik hatinya yang kini sudah keliru..
Siapa yang harus Ina pilih?




0 COMMENTS di sini:
Post a Comment