Sambungan bagi Kisah Cinta Segi
Dalam rancangan Ina menemukan Umar dan Nur, ada lagi yang telah terlibat iaitu Helmi.
Di sini Helmi merupakan teman baik Nur. Bukan sekadar teman baik tapi sudah dianggap abang kandungnya sendiri. Ina memang kenal Helmi dan sering bertemu tetapi Ina tidaklah mengenali Helmi lebih dari yang dikenali oleh Nur. Ina telah meminta pertolongan daripada Helmi untuk menyatukan Umar dan Nur.
Disebabkan rencananya ingin menyatukan Umar dan Nur, Ina terpaksa selalu berhubungan dengan Helmi. Memang tidak dapat dinafikan, hubungan mereka menjadi lebih rapat. Hubungan mereka yang rapat itu telah dikesan oleh Umar. Entah mengapa tiba-tiba Umar merasa tidak senang melihat hubungan Ina dan Helmi itu.
'Cemburu? Tak mungkin!! Aku sudah menyukai Nur!' bisik hati Umar.
Apa benar itu bukan cemburu?
Dalam usaha menemukan Umar dengan Nur...
Ina telah mengatur perjumpaan Umar dengan Nur dengan pertolongan Helmi. Dengan adanya kehadiran Helmi, tugasnya menyatukan Umar dan Nur menjadi lebih senang.
Dalam hubungan Ina dan Helmi itu, terselit rasa cinta Helmi terhadap Ina. dalam diam dia telah jatuh cinta kepada Ina. Sifat Ina yang sedia membantu kawan, yang suka mengambil berat dan bersungguh-sungguh. Namun disebalik usaha Ina itu, Helmi tidak tahu akan perasaan sebenar Ina terhadap Umar.
Seminggu selepas pertemuan rasmi Umar dan Nur, tidak semana-mana hubungan Ina dan Helmi menjadi renggang. Helmi menyadari Ina sudah tidak menghubunginya lagi. Oleh kerana digamit rasa rindu, Helmi pun mencapai telefon bimbitnya dan mulai menghubungi Ina.
Ina memang tidak menyangka Helmi akan menghubunginya selepas saja pertemuan Umar dan Nur. Kerana Ina hanya mampu menemukan Umar dan Nur dan tidak akan pernah mampu untuk meletuskan perasaan cinta Nur terhadap Umar.
'Kenapa aku harus berbuat demikian? Nanti akulah yang akan terseksa'. Itulah yang terlintas difikirannya. Tidak sanggup menderita kerana cinta.
Ina menyambung panggilan Helmi setelah sedar dari ingatannya pada cintanya terhadap Umar. Bertanyakan khabar sesama sendiri hingga menyimpang ke persoalan terhentinya rencana menyatukan Umar dan Nur. Ina terdiam. Helmi merasa seperti ada sesuatu yang Ina sembunyikan. Di sini mulalah luahan perasaan Ina sebenar terhadap Umar.
Ina telah menceritakan segalanya. Dan Helmi merasa Ina memang seorang gadis yang tabah. Dia tidak memaksa cintanya kerana dia tahu Umar menyukai yang lain.
Terdiam juga Helmi mendengar luahan Ina itu tapi diceriakannya kembali dengan gurauan senda. Kerana hanya itulah yang mampu dia lakukan untuk menceriakan Ina.
Sebelum panggilan itu mereka akhiri, Helmi telah mengajak Ina untuk bertemu.
Makan tengah hari bersama.
Ina bersetuju.
Helmi meghitung hari. Seakan tidak sabar dia ingin melepaskan rindu.
Hari yang dinanti telah sampai. Helmi menunggu kedatangan Ina.
'Mungkin aku datang terlalu awal sehingga aku merasa begitu lama menunggunya..'
Tidak disangka kehadiran Ina bertemankan Umar. Niatnya untuk meluahkan perasaan cintanya terbiar. Kerana Ina berada dengan lelaki yang dicintainya. Memang amat mustahil Ina akan menerima cinta Helmi andai lelaki yang dicintainya berada dekat dengannya.
Umar merasa aneh melihat kemesraan Ina dan Helmi. Apa Umar cemburu? Umar keliru dengan perasaannya. Dia tidak senang melihat kemesraan Ina dan Helmi. Kemesraaan mereka sampai berkongsi makanan yang dipesan. Bertukar makanan antara satu sama lain. Umar merasa dirinya tenggelam.
Selesai sudah makan tengah hari, mereka pun saling meminta izin ntuk pulang. Ina berada satu kereta dengan Umar. Dikesempatan ini Umar mencoba untuk menyelidiki hubungan Ina dan Helmi. Jelas ketara ada unsur-unsur cemburu. Ina pula seperti orang dilamun cinta. Orang yang dicintainya mulai mengambil berat akan hal dirinya. Sesekali Umar merasa sakit hati melihat perangai Ina yang memang sah dilamun cinta. Tapi Umar tidak tahu Ina dilamun cinta kerana dirinya. CEMBURU!
Perasaan cinta terhadap Nur mulai menghilang dan kini bayangan Ina yang menghantui siang malam Umar. Umar menyadari dia sebenarnya sudah jatuh cinta kepada Ina!
'Haruskah aku ungkapan perasaanku kepadanya? Tapi bagaimana dangan Helmi? Apa akan jadi hubungan Ina dengan Helmi jikalau aku meluahkan perasaanku?'
Dia mula bertanda tanya....
BERSAMBUNG...




0 COMMENTS di sini:
Post a Comment