Kisah seterusnya kisah cinta tiga segi.
Ina, Umar dan Nur.
Ina, seorang gadis yang baru putus cinta kini menyedari dia telah jatuh cinta kepada kawan karibnya sendiri, Umar. Tapi perasaannya itu di simpan sehingga sampai ke suatu hari Umar meluahkan masalah perasaannya yang telah lama terpendam. Ina begitu sedih sekali apabila mengetahui Umar telah jatuh cinta kepada kawan sepejabatnya sendiri iaitu Nur.
Akhir-akhir ini, Umar sering menjemputnya pulang dari pejabat. Tapi bukan kerana ingin menjemput Ina. Umar ingin menjemput hati Nur. Umar telah berusaha untuk memilikinya. Tapi tiada keberanian untuk menyatakan ungkapan cinta tersebut.
Sampai satu malam, Umar menghubungi Ina dan meminta nasihat daripada Ina. Ina sendiri tidak tahu hendak berbuat apa. sedangkan cintanya sendiri tidak kesampaian inikan pula menyampaikan cinta orang yang dia cintai.
Sudah hampir sebulan Umar sudah sering menjemput Ina dari pejabat. Mereka menjadi semakin rapat. Ina merasakan dua perasaan, gembira kerana sering berjumpa Umar tapi dia juga turut sedih kerana niat Umar bukan untuk menjemputnya semata-mata. Jemputannya sebenarnya menuju ke Nur.
Ina cuba untuk melupakan perasaannya terhadap Umar. Ina berusaha untuk menyatukan Umar dan Nur. Di balik menemukan Umar dan Nur, ada lagi pihak yang bertanggungjawab, iaitu Helmi.
Apakah peranan Helmi dalam kisah Cinta tiga segi ini?
Bersambung..




0 COMMENTS di sini:
Post a Comment