CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, 30 December 2008

Cinta Tak Kesampaian

Nisa seorang gadis telah jatuh cinta kepada seorang jejaka buat waktu yang lama. Daripada awal waktu hingga tiba waktu di mana dia harus mematikan perasaannya itu. Nisa seorang yang boleh dikatakan setia. Bayangkan, dia telah menyimpan perasaan itu selama beberapa tahun dan dalam pada masa yang sama dia tidak memandang jejaka lain.
"Setahun sebelum perasaan itu aku matikan, kawan-kawanku telah hampir membocorkan perasaanku terhadap jejaka tersebut. Bukan sahaja hampir, tapi serasaku jejaka itu mula mengetahuinya. Jejaka itu hanya tersenyum seakan memberi harapan kepada.
Semakin ku merasa senyumannya itu seakan memberi harapan, semakin mendalam perasaan ku terhadapnya. Apa mungkin dia juga mempunyai perasaan yang sama seperti ku?"
"Salah seorang daripada teman yang satu kelas mulai rapat dengannya. Perasaan ku mulai gundah.
Setiap hari mereka meluangkan waktu bersama. Aku cemburu."
"Sampai satu saat, di mana teman ku itu ingin berterus-terang dengan ku tentang keadaan yang sebenar.
Dia mengatakan jejaka itu telah menyatakan perasaan cintanya. Aku hanya terdiam. Aku tidak terkata apa-apa lagi. Hanya mampu tersenyum dan merelakannya. Ternyata cinta ku bertepuk sebelah tangan. Memang jelas. Mungkin sebelum ini aku hanya terlalu mengharap. Biarlah mereka meraih cinta itu. "
"Selang beberapa tahun, aku mulai dekat sama seorang jejaka. Di mana aku merasa selesa dengannya. Jejaka kedua ini juga merupakan teman satu kelas ku itu. Tidak dapat ku nafikan, aku mempunyai perasaan suka terhadap jejaka ini."
"Kami belum jadian kerana masing-masing tidak menyatakan perasaan kami. Atau mungkin jejaka itu tidak mempunyai apa-apa perasaan istimewa terhadap ku. Jejaka ini mulai bertanyakan khabar teman ku itu. Dan ingin berhubung denganny. Aku seakan berat hati untuk membiarkan mereka berhubung."
"Dari sini aku mula merasa, apa kali ini cinta ku juga tidak akan kesampaian? Haruskah aku menyatakan perasaan ku sebelum dia jatuh cinta kepada gadis lain?"
"Aku bingung. Aku takut dia menolak cinta ku. Aku seorang perempuan. Patutkah aku memulakan hubungan yang tidak pasti ini?"

0 COMMENTS di sini:

Cinta ape?


I made this widget at MyFlashFetish.com.